Friday, April 29, 2022
Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang
Monday, April 25, 2022
Kongsi Rezeki 1.0 JSG@PTAR UiTMCPP
Sinergi antara Jabatan Sains Gunaan (JSG) dan PTAR UiTMCPP telah meraikan seramai 35 orang pelajar Pra Pendidikan Tinggi (PPT) serta Kolej Pengajian Kejuruteraan semester 1 daripada golongan B40 melalui Program Kongsi Rezeki 1.0 pada 22 April 2022 yang lepas. Melalui program ini, sumbangan hamper Hari Raya berserta set hidangan KFC telah diserahkan kepada pelajar oleh Dr. Mohd. Muzafar Jumidali, Koordinator JSG.
Majlis telah dimulakan pada jam 3.30 petang dengan taklimat ringkas mengenai PTAR oleh Encik Mohd Shafarin Saad, Pembantu Pustakawan Unit Perkhidmatan Pelanggan. Kemudian ia disusuli dengan pertandingan kuiz Kahoot kepada para pelajar serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Seterusnya ucapan aluan telah disampaikan oleh Koordinator JSG sebelum penyerahan sumbangan dilaksanakan.
Program Kongsi Rezeki 1.0 ini dianjurkan sebagai program berkala oleh Jabatan Sains Gunaan UiTMCPP dan penglibatan PTAR adalah untuk menggalakkan para pelajar mengunjungi perpustakaan serta menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan. Semua pelajar yang terlibat berasa seronok berada di perpustakaan memandangkan ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke perpustakaan. Semoga program kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi untuk manfaat semua pihak.
Program Read@UiTM Penang 2022 : Jom Baca Bersama untuk 10 Minit
Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan Program Read@UiTM Penang 2022 yang berlangsung pada 21 April 2022.
Aktiviti utama yang dijalankan adalah Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi secara serentak di seluruh Malaysia . Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia yang bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan meneruskan amalan membaca selama 10 minit setiap hari.
Selain daripada Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, pihak PTAR turut mengadakan aktiviti perkongsian buku melalui segmen "My Favourite Read", pameran buku bertemakan "Fiction Addiction" dan kuiz Kahoot. Semua warga kampus juga dijemput untuk menghantar gambar membaca mereka walau di mana jua mereka berada melalui Google Form yang disediakan sebagai tanda sokongan serta komitmen masing-masing terhadap program yang telah dijalankan ini.
Keseluruhannya, program ini telah disertai oleh 40 orang staf dan pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang secara bersemuka dan diharapkan ianya dapat menjadi pemangkin untuk semua warga kampus dalam memupuk minat membaca.
Friday, April 15, 2022
Lawatan Pre-Mock Audit Akreditasi Pengajian Kejuruteraan Awam
Pada 13 April 2022, PTAR UiTMCPP telah menerima kunjungan daripada Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman Bin Mohamad Nor daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selaku panel lawatan pre-mock audit akreditasi bagi kursus "Bachelor of Engineering (Hons) Civil (Infrastructure) - EC221, Pengajian Kejuruteraan Awam.
Sepanjang lawatan tersebut, taklimat ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan PTAR telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP. Beliau juga telah dibawa melawat kemudahan yang terdapat di perpustakaan antaranya Pusat IT, ruangan bacaan, bilik-bilik diskusi serta koleksi bahan bacaan yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku teks dan bahan bacaan umum.
Semoga taklimat dan lawatan berpandu yang telah disampaikan kepada beliau dapat memenuhi objektif lawatan yang telah dijadualkan.
Tuesday, April 12, 2022
Program Kunjung Hormat MPP & JPK UiTMCPP 2021/2022 ke Perpustakaan Tun Abdul Razak
Thursday, April 7, 2022
Program Library Outreach PTAR bersama Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) UiTMCPP
Pada 1 April 2022, telah berlangsung Program Library Outreach PTAR bersama Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) UiTMCPP secara atas talian melalui platform Google Meet. Sesi yang diadakab bermula jam 10.00 pagi hingga hampir 12.00 tengah hari itu telah disertai oleh seramai lebih kurang 40 peserta yang terdiri daripada para pensyarah JSKM.
Sesi ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan juga jabatan. Selain itu, pertemuan maya ini juga adalah untuk mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan selain mendapatkan maklumbals daripada peserta untuk penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.
Sesi dimulakan dengan taklimat tentang pengenalan mengenai PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Unit Perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi. Selain daripada pengenalan tentang Unit Perkhidmatan Perpustakaan, beliau turut berkongsi maklumat tentang kemudahan dan perkhidmatan pelanggan yang disediakan oleh perpustakaan.
Sesi kedua telah disampaikan oleh Puan Farleen Azrina Zamberi yang berkongsi tentang proses cadangan pembelian bahan, dasar penyerahan harta intelek UiTM serta perkhidmatan arkib dan penyerahan rekod penting universiti.
Sesi ketiga berkisar tentang penyelidikan, pembelajaran dan rujukan serta perkhidmatan perpustakaan digital telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir. Sepanjang sesi berjalan, para pegawai telah menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para pensyarah berkenaan kemudahan dan perkhidmatan di PTAR seperti kemudahan pinjaman antara perpustakaan, prosedur pembelian ebook dan penggunaan Sistem PRIMe.
Diharap program ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan memberi kefahaman kepada para pensyarah supaya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dapat digunapakai untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
Thursday, March 31, 2022
Pameran Maya : Penerbitan Berindex SCOPUS UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh 2021
Pameran Maya bagi bulan Mac 2022 kali ini menghimpunkan penulisan artikel-artikel hasil tulisan para pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penulisan yang diterbitkan ini adalah daripada pelbagai fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.
Pengumpulan penerbitan berindeks SCOPUS ini diharap dapat memudahkan pensyarah dan pelajar untuk mengakses serta membaca artikel-artikel tersebut.
Pameran maya ini boleh diakses dan dibaca melalui pautan https://penang.library.uitm.edu.my/collections/exhibitions/329-penerbitan-berindex-scopus-uitm-cawangan-pulau-pinang-kampus-permatang-pauh
Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang
Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...
-
Pada 11 September 2020 yang lalu, telah berlangsung satu majlis sesi ramah mesra YBhg. Profesor Dr. Azizan Abdullah, Timbalan Naib Canselor...
-
Program : Review & Selfie With A Book Contest Tempoh : 16 April - 30 April 2020 Peserta : Terbuka kepada Warga UiTMCPP Aktiviti sep...
-
Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh tidak ketinggalan bergotong-royong menghias ruangan di dalam perpu...