Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah secara atas talian pada 26 April 2022. Program yang dijalankan melalui platfom Webex ini telah disertai oleh seramai 92 orang peserta.
Surah Al-Sajdah yang bermaksud sujud dipilih dengan matlamat untuk menjadi panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat "Dunia Berbudi & Penyayang". Fokus surah ini adalah sebagai solusi kepada rasa sombong dan kurang bersyukur dalam diri manusia sehingga mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat dan negara. Selain itu, dengan pendidikan sujud ini, manusia dapat meningkatkan rasa kehambaan kepada Allah SWT dan seterusnya membuang ego di dalam diri masing-masing.
PTAR UiTMCPP ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Izlan Abdul Halik dan Ustaz Mohd Khairuddin Md Sul Haimi selaku pemimpin bacaan dan pentadabbur Surah Al-Sajdah. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada YBhg Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang serta semua peserta yang mengikuti program ini. Semoga kita sentiasa istiqomah membaca Al-Quran setiap masa.
No comments:
Post a Comment