Tempoh : 16 April - 30 April 2020
Peserta : Terbuka kepada Warga UiTMCPP
Aktiviti sepanjang PKP diteruskan dengan Program Review & Selfie with A Book yang dijalankan untuk menggalakkan warga UiTMCPP berkongsi bahan-bahan bacaan yang telah mereka baca ketika musim perintah kawalan pergerakan. Seramai 5 orang warga UiTMCPP telah dipilih berdasarkann sinopsis dan selfie yang menarik.
Selain itu, objektif utama program ini adalah untuk memberi galakan kepada warga UiTMCPP untuk meneruskan aktiviti membaca di rumah tidak kira apa jua bahan bacaan yang dibaca. Ini juga selaras dengan kempen galakan membaca dan meraikan Malaysia yang melakar Sejarah apabila Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
No comments:
Post a Comment