Friday, January 31, 2020

Program Read@UNI: "Speed Reading Techniques"

Program : Read@UNI: "Speed Reading Techniques"
Tarikh : 30 Januari 2020 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Lokasi : Aras Bawah, PTAR Kampus Permatang Pauh


Pada 30 Januari 2020, bertempat di Aras Bawah, PTAR Kampus Permatang Pauh telah diadakan satu bengkel "Speed Reading Techniques" sempena program Read@UNI.

Bengkel yang disertai oleh seramai 24 orang staf PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh dan Kampus Bertam ini telah disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi selaku fasilitator bengkel.

Bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan teknik bacaan pantas kepada semua peserta supaya ianya dapat diaplikasikan dan digunapakai oleh peserta dalam usaha menggalakkan mereka membaca. SElain daripada itu, peserta juga didedahkan dengan kaedah-kaedah bacaan pantas dan juga dibekalkan dengan pelbagai jenis latihan untuk memperkasakan kaedah bacaan pantas masing-masing.

Di akhir bengkel, peserta telah dapat memperbaiki mutu bacaan masing-masing selain mempelajari teknik-teknik yang betul untuk membantu bacaan pantas di masa akan datang. Selain daripada dibekalkan dengan nota-nota dan latihan, peserta juga digalakkan untuk melayari intenet untuk mencari lebih banyak contoh dan latihan untuk mengasah teknik bacaan pantas masing-masing. 










Thursday, January 23, 2020

Bicara Santai Sukan

Program : Bicara Santai Sukan
Tarikh : 21 Januari 2020 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Aras Bawah, PTAR Kampus Permatang Pauh

Bertempat di aras bawah, PTAR Kampus Permatang Pauh UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah diadakan satu program Bicara Santai Sukan yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) dan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Bicara Santai Sukan telah menjemput Tuan Haji Bahman Jamaluddin, Pensyarah Fisoterapi, Fakulti Sains Kesihatan daripada UiTM Kampus Bertam yang membicarakan tentang kecederaan-kecederaan yang terjadi ketika bersukan dan bagaimana cara menangani kecederaan tersebut.

Seorang lagi panel program ialah Encik Abdul Gaffar Hoosen yang merupakan bekas pemain bola sepak Pulau Pinang yang kini menjadi jurulatih futsal Pulau Pinang. Slot beliau dipenuhkan dengan perkongsian pengalaman beliau semasa menjadi pemain bola sepak dan sebagai jurulatih futsal.

Program ini dihadiri oleh seramai 50 orang ahli PSKK dan diadakan dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang hal berkaitan sukan secara amnya.










Wednesday, January 15, 2020

Interim Module Refreshment Class

Nama program : Interim Module Refreshment Class
Tarikh : 13 Januari 2020 (Isnin)
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Pusat IT, Aras 2, PTAR Kampus Permatang Pauh

Bertempat di Pusat IT, PTAR Kampus Permatang Pauh, telah diadakan satu kelas untuk pegawai-pegawai yang akan terlibat dalam mengendalikan kelas Interim bagi bulan Februari 2020.

Kelas ini telah dikendalikan oleh Encik Nurulizwan Bin Amir dan disertai seramai 12 orang staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang yang terdiri daripada Pustakawan Kanan, Pustakawan, Pembantu Pustakawan Kanan dan Pembantu Pustakawan Unit Perkhidmatan Maklumat.

Kelas ini diadakan untuk memastikan semua staf yang terlibat dengan kelas interim nanti akan lebih bersedia dengan maklumat-maklumat yang perlu disalurkan kepada pelajar-pelajar baru.






Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...