Friday, February 28, 2020

Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan : Program Library Outreach Bersama Staf PTAR Kampus Permatang Pauh

Tajuk Program : Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan : Program Library Outreach Bersama Staf PTAR Kampus Permatang Pauh
Tarikh : 27hb Februari 2020
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR Kampus Permatang Pauh


Pada 27hb Februari 2020, Encik Jamalludin Sulaiman dan Tn. Haji Ahmad Faizar Jaafar mengadakan sesi taklimat kepada staf PTAR Kampus Pematang Pauh berkenaan Pengenalan Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan ; Program Library Outreach dan taklimat Perpustakaan Digital Perpustakaan.

Ketika sesi berlangsung, Encik Jamalludin dan Tn Hj. Ahmad Faizar juga menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh staf yang hadir. Sesi jelajah ini diadakan untuk mendekatkan PTAR dengan pengguna selain daripada memberi tunjuk ajar dan mengadakan perbincangan tentang perkhidmatan dalam PTAR.










Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan : Program Library Outreach Bersama Pengurusan Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang

Tajuk Program : Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan : Program Library Outreach Bersama Pengurusan Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tarikh : 26hb Februari 2020
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Perdana 1, Bangunan Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 26hb Februari 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan daripada Encik Jamalludin Sulaiman dan Tn. Haji Ahmad Faizar Jaafar dalam sesi jelajah mereka untuk Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM.

Sesi taklimat bersama pengurusan akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang ini dihadiri oleh Ketua Pusat Pengajian dan Koordinator Program serta Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Ir. Dr Ahmad Rashidy Razali.

Taklimat dibahagikan kepada dua sesi seperti berikut :
• Pengenalan Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan : Program    Library Outreach oleh Encik Jamalludin Sulaiman
• Taklimat Perpustakaan Digital Perpustakaan oleh Tn. Hj. Ahmad Faizar Jaafar






Wednesday, February 26, 2020

Blind Date With A Book Week

Nama program : Blind Date With A Book Week
Tarikh : 24 Februari 2020 - 6 Mac 2020
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Aras Bawah PTAR Kampus Permatang Pauh

Bermula 24 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh mengadakan Blind Date With A Book Week untuk meraikan pelajar-pelajar baru dan lama yang telah memulakan sesi pembelajaran di UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Program ini diadakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar membuat pinjaman buku dan membaca buku-buku di perpustakaan sementara sesi pembelajaran belum lagi bermula. Di samping itu, program ini juga menggalakkan pelajar-pelajar membaca buku-buku berbeza genre daripada kebiasaan mereka kerana buku-buku yang dipilih untuk program ini dibalut supaya pelajar tidak tahu apa-apa berkenaan buku tersebut. Dengan cara ini, pelajar menggunakan rasa ingin tahu di dalam diri mereka untuk memulakan pembacaan tersebut.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan merupakan program kali kedua dijalankan setelah kejayaan besar program yang sama pada tahun 2019. Semoga program ini terus mendapat sambutan yang lebih hebat di masa akan datang.






Friday, February 14, 2020

My Favourite Read

Nama Program : My Favourite Read
Tarikh : 13 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang 
Tempat : Makmal-makmal komputer di UiTM Cawangan Permatang Pauh


Pengisian slot kelas literasi pelajar-pelajar interim seterusnya diisi dengan sesi My Favourite Read. Dalam sesi ini, para pelajar telah membuat perkongsian ulasan buku yang telah dipinjam dari perpustakaan ketika kelas literasi minggu lalu. Sesi ini diadakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar membuat pinjaman buku di perpustakaan dan seterusnya berkongsi cerita dan maklumat tentang buku yang dibaca.

Berpadanan dengan Dekad Membaca Kebangsaan yang baru dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, perkongsian ini diharap dapat dijadikan amalan membaca yang baik di kalangan para pelajar. 








Literacy Skills Class Module LSC102 dan LSC300

Nama Program : Literacy Skills Class Module LSC102 dan LSC300
Tarikh : 13 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi (Sesi 1) & 2.00 petang - 4.00 petang (Sesi 2)
Tempat : Makmal-makmal komputer di UiTM Cawangan Permatang Pauh


Kelas "Literacy Skills" untuk pelajar-pelajar interim diteruskan lagi dengan dua modul iaitu tentang Online Database dan Reference Management Software (End Note dan Mandeley).

Di dalam kelas berkenaan, pelajar-pelajar didedahkan dengan cara-cara menggunakan online database PTAR untuk mencari bahan rujukan yang boleh dipercayai untuk membantu pembelajaran mereka. Selain itu, mereka juga belajar strategi pencarian bahan yang lebih efektif di alam  maya dengan penggunaan keywords, boolean operator, quotation marks, wildcard dan truncation.

Untuk kelas LSC300, pelajar diberikan penerangan ringkas tentang Reference Management Software yang digunapakai di PTAR iaitu End Note dan Mandeley. Penerangan ringkas ini diharap dapat memberikan sedikit gambaran kepada pelajar tentang cara penggunaan software tersebut dan kebaikan yang diperolehi daripada penggunaannya.







Tuesday, February 11, 2020

Literacy Skills Class Module LSC100 dan LSC101

Nama Program : Literacy Skills Class Module LSC100 dan LSC101
Tarikh : 6 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi (Sesi 1) & 2.00 petang - 4.00 petang (Sesi 2)
Tempat : Makmal-makmal komputer di UiTM Cawangan Permatang Pauh

Kehadiran seramai 168 orang pelajar interim sesi 2020 disambut oleh PTAR Kampus Permatang Pauh dengan "Literacy Skill Class" Module 100 dan 101 yang dilaksanakan untuk memberikan penerangan tentang perpustakaan, sistem perpustakaan dan electronic resources.

Para pelajar telah dibahagikan kepada 6 kelas yang dijalankan di 6 buah makmal komputer termasuk Pusat IT di PTAR Kampus Permatang Pauh. Setiap kelas disampaikan oleh fasilitator yang terdiri daripada staf Unit Penyelidikan Pembelajaran dan Rujukan serta dibantu oleh staf PTAR yang lain.

Di akhir kelas, pelajar dibawa ke perpustakaan untuk melihat sendiri suasana di PTAR dan membuat pinjaman buku buat pertama kalinya. Kelas seterusnya akan diadakan pada 13 Februari 2020 untuk modul seterusnya.







Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...