Monday, May 18, 2020

World #QuranHour @ UiTM Penang

Program : World #QuranHour @ UiTM Penang
Tarikh : 13 Mei 2020
Masa : 11.45 pagi - 1.00 petang
Platform : Google Meet

Sempena Kempen World #QuranHour, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTMCPP telah menganjurkan World Quran Hour @ UiTM Penang, Misi Surah Ar-Rahman yang dijalankan secara langsung melalui platform Google Meet.

Objektif Kempen World #Quran Hour,ini adalah supaya mencipta tabiat untuk orang Islam berinteraksi dengan al-Quran melalui baca,hayati dan amal dan diadakan selama satu jam bersama Al-Quran agar kita sama-sama mendoakan keharmonian dunia dengan kalam Allah. 

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Puan Rektor UiTMCPP, Prof. Dr Salmiah Kasolang @ Kasalung, Jawatankuasa Eksekutif dan kakitangan UiTMCPP yang lain.

Bacaan Surah Ar-Rahman telah dialunkan oleh Ustaz Mohd Izlan Abdul Halik dan Ustaz Mohd Khairuddin Md Sul Halmi yang kemudiannya telah ditadabbur oleh Ustaz Mohd Adenan Mohd Yusoff. Diharap program yang amat bermanfaat ini akan dapat diteruskan sepanjang tahun untuk menambahkan kefahaman kita tentang ayat-ayat suci Al-Quran untuk urusan kita seharian.




Tuesday, May 12, 2020

Review & Selfie With A Book Contest

Program : Review & Selfie With A Book Contest
Tempoh : 16 April - 30 April 2020
Peserta : Terbuka kepada Warga UiTMCPP

Aktiviti sepanjang PKP diteruskan dengan Program Review & Selfie with A Book yang dijalankan untuk menggalakkan warga UiTMCPP berkongsi bahan-bahan bacaan yang telah mereka baca ketika musim perintah kawalan pergerakan. Seramai 5 orang warga UiTMCPP telah dipilih berdasarkann sinopsis dan selfie yang menarik.

Selain itu, objektif utama program ini adalah untuk memberi galakan kepada warga UiTMCPP untuk meneruskan aktiviti membaca di rumah tidak kira apa jua bahan bacaan yang dibaca. Ini juga selaras dengan kempen galakan membaca dan meraikan Malaysia yang melakar Sejarah apabila Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). 








Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...