Tuesday, June 16, 2020

Program "My Favourite Read"

Nama program : My Favourite Read
Platform : Google Meet
Tarikh : 11 Jun 2020
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Dalam usaha menyahut seruan galakan membaca di kalangan pengguna PTAR, melangkaui sempadan fasa PKP yang sedang berlangsung, PTAR UiTMCPP telah mengadakan Program "My Favourite Read" melalui platform Google Meet.

Panel jemputan pada kali ini merupakan Ketua Bidang Matematik, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, Puan Noor'Aina Abdul Razak dan  Pensyarah Kanan daripada Jabatan Sains Gunaan, Puan Suhaiza Hasan. 

Perkongsian Puan Noor 'Aina melalui novel Natrah, cinta, rusuhan, air mata yang mengisahkan tentang perebutan hak penjagaan Natrah seorang anak Belanda yang dijaga oleh seorang wanita Melayu. Kemelut hidup Natrah diceritakan sehingga ke akhir hayatnya. Dalam buku Travelog Ijazah Jalanan karya Muhammad Syauqi pula membicarakan pengalaman penulis menjelajah ke negara orang dan dengan membaca coretan penulis, kita seolah-olah ikut sama dalam penjelajahan itu.

Puan Suhaiza pula berkongsi tentang buku bertajuk Diet Tanpa Stres tulisan Arif Syukri. Menariknya buku ini kepada panel, buku ini memberi inspirasi kepada beliau untuk menguruskan badan. Pelbagai tips telah dikongsikan bersama pendengar sepanjang satu jam bersiaran.

Program siaran langsung ini telah menarik seramai 180 pendengar daripada kalangan staf UiTMCPP dan kampus-kampus lain.




Thursday, June 11, 2020

Lawatan Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang ke PTAR Kampus Permatang Pauh

Tarikh : 5 Jun 2020 (Jumaat)
Tempat : PTAR Kampus Permatang Pauh

Pada awal Jun 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan Puan Rektor yang baharu, Profesor Dr. Salmiah Kasolang@Kasalung bersama barisan ahli JKEN dan Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Pulau Pinang. Kunjungan ini diadakan untuk meninjau PTAR Kampus Permatang Pauh sebagai gedung ilmu di UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk penambahbaikan dari segi estetika dan fungsi PTAR.

Dalam sesi kunjungan itu, Puan Rektor memberikan beberapa cadangan penambahbaikan untuk menambah keceriaan di dalam dan luar PTAR. Salah satu cadangan beliau adalah Projek Penghijauan (Greenation Project) di kawasan luar PTAR dan juga ruang dalaman PTAR. Selain itu, Puan Rektor juga memberikan pujian atas usaha PTAR untuk menceriakan ruangan di dalam PTAR dengan menggunakan sumber yang terhad. 

Di akhir kunjungan, Puan Rektor berharap cadangan-cadangan yang telah dibincangkan akan segera dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat.










Tuesday, June 2, 2020

Digital Exhibition : Fake News

Sepanjang bulan Jun 2020, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang akan mengadakan pameran secara maya yang bertajuk Fake News. Pameran ini diadakan untuk berkongsi maklumat-maklumat tentang berita palsu yang patut kita ambil tahu untuk mengelakkan penyebaran berita palsu di dalam media sosial. Diharap dengan adanya pameran ini, kita akan lebih bertanggungjawab dengan apa yang kita kongsi dan sebar di dalam media sosial.













HOW TO SPOT FAKE NEWS (IFLA SOURCES)





Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...