Friday, August 28, 2020

Persiapan Pertandingan Hiasan Merdeka dan Sambutan Kemerdekaan 2020

Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2020, PTAR Kampus Permatang Pauh tidak ketinggalan bergotong-royong menghias ruangan di dalam perpustakaan. Gotong-royong ini melibatkan kakitangan perpustakaan daripada Unit Perkhidmatan Pelanggan dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan daripada unit lain.

Selain daripada mengindahkan ruangan perpustakaan, hiasan yang dibuat kali ini adalah untuk menyertai Pertandingan Hiasan Merdeka dan Pertandingan Video "Merdekakah Kita" anjuran Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTMCPP.

Hiasan kali ini berkonsepkan kolaj dan PTAR mengambil inisiatif untuk mengadakan Pameran Koleksi Sajak-sajak Kemerdekaan hasil karya Tongkat Warrant (Usman Awang, A. Samad Said dan lain-lain untuk menghayati erti kemerdekaan daripada sudut karya seni.











Wednesday, August 19, 2020

Pameran Maya : Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia - Bahagian 2

Sepanjang bulan Ogos 2020, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang akan mengadakan pameran secara maya berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 yang bertajuk Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Pameran ini terbahagi kepada 3 bahagian dan akan dipamerkan sepanjang bulan Ogos hingga awal September. 

Pameran ini diadakan untuk berkongsi maklumat-maklumat tentang tempoh-tempoh PKP yang telah dijalankan sepanjang Malaysia mengekang penularan Covid-19 ini. 



























Program Library Outreach@PTAR Bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Tajuk : Program Library Outreach@PTAR Bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Tarikh : 18 Ogos 2020 (Selasa)
Platform : Google Meet

Program Library Outreach@PTAR yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi ini adalah bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan perpustakaan yang terkini dan memberi kemudahan untuk membantu aktiviti pembelajaran dan pengajaran para pensyarah di UiTM Cawangan Pulau Pinang amnya dan khususnya kepada para pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Di dalam program ini, terdapat 5 modul yang diterangkan iaitu pengenalan kepada perkhidmatan perpustakaan, proses cadangan pembelian bahan perpustakaan menggunakan Sistem WILS, Repositori Universiti, Sokongan Penyelidikan dan Perpustakaan Digital PTAR.

Modul-modul ini disampaikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan Pelanggan, Puan Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan Unit Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan dan Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan Unit Perpustakaan Digital.









Tuesday, August 18, 2020

Live@PTAR Segmen Bersama Alumni : Cakna Ubat, Nak Simpan ke Tak?

Tajuk : Cakna Ubat, Nak Simpan ke Tak?
Tarikh : 10 Ogos 2020 (Isnin)
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Platform : FB Live

Program Live@PTAR, Segmen Bersama Alumni kali ini telah menjemput alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang, Puan Syafi'ah Bakaruddin, Pegawai Farmasi yang bertugas di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18 bersama Puan Farleen Azrina Zamberi selaku moderator. Tajuk Cakna Ubat : Nak Simpan ke Tak? merupakan tajuk perbincangan yang dibincangkan dalam tempoh satu jam bersiaran di FB Live dan Youtube. 

Puan Syafi'ah telah menerangkan tentang cara-cara penyimpanan ubat di rumah dan sekiranya kita dalam perjalanan. Selain itu, beliau juga berkongsi tentang fakta dan mitos yang berkaitan dengan penyimpanan ubat-ubatan serta menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para peserta program yang diberikan melalui komen di Facebook dan YouTube.









Friday, August 7, 2020

Pameran Maya : Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia - Bahagian 1

Sepanjang bulan Ogos 2020, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang akan mengadakan pameran secara maya berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 yang bertajuk Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Pameran ini terbahagi kepada 3 bahagian dan akan dipamerkan sepanjang bulan Ogos hingga awal September. 

Pameran ini diadakan untuk berkongsi maklumat-maklumat tentang tempoh-tempoh PKP yang telah dijalankan sepanjang Malaysia mengekang penularan Covid-19 ini. 
























Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...