Pada 13 Oktober 2021, melalui platform Facebook, telah diadakan satu bual bicara yang bertajuk Pengurusan Emosi Pasca Pandemik COVID-19 bersama AKRAB UiTMCPP. Program ini adalah program anjuran bersama Unit Kerjaya dan Kaunseling bersama Rakan Pembimbing Perkhidmatan (AKRAB) dan PTAR UiTMCPP.
Ceramah pengurusan emosi kali ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Pulau Pinang yang membincangkan tentang bagaimana kita mengenalpasti emosi-emosi yang mengganggu urusan seharian kita dan bagaimana mencari punca serta mengurus emosi tersebut. Ceramah ini juga memberi pendedahan kepada warga kampus berkaitan kepentingan menjaga kesejahteraan Psikologi dalam kehidupan pasca Pandemik Covid-19.
Selain itu juga, program ini diadakan untuk memperkenalkan sahabat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) UiTMCPP iaitu Puan Muniroh Hamat dan Encik Muhamad Ismail Mohd Ali kepada warga UiTMCPP. AKRAB ditubuhkan antaranya sebagai pembantu kepada pegawai yang menghadapi masalah di dalam kehidupan serta sebagai pengantara antara pegawai yang menghadapi masalah dengan pegawai psikologi.
Program yang berlangsung selama satu jam ini telah ditonton sebanyak 318 kali dan disiarkan secara langsung di laman Facebook PTAR Kampus Permatang Pauh dan saluran YouTube PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang di pautan berikut https://www.facebook.com/library.uitm.penang/videos/1253500695075596 dan https://www.youtube.com/watch?v=rZJf42_cnLo