Bengkel Pengenalpastian dan Pengurusan Bahaya (HIRARC) PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tajuk Bengkel : Bengkel Pengenalpastian dan Pengurusan Bahaya (HIRARC) PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tarikh : 7 & 8 November 2018
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat IT, Aras 2, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tarikh : 7 & 8 November 2018
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat IT, Aras 2, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dengan kerjasama Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP) UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah mengadakan Bengkel Pengenalpastian dan Pengurusan Bahaya (HIRARC). Program ini akan disertai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan, Pustakawan, Pembantu Pustakawan
Kanan, Pembantu Pustakawan, Pembantu Pemuliharaan, dan Pembantu Tadbir Kanan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Sepanjang dua hari berbengkel, peserta diberikan penerangan yang menyeluruh tentang bahaya-bahaya (hazards) yang terdapat di tempat kerja supaya peserta dapat mengenalpasti dan menguruskan bahaya mengikut teknik kawalan yang tertentu.
Dr. Mohd Fauzi Ismail, KPP Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Penyelaras Pengurusan Risiko menyampaikan "Introduction to OSHA dan Mechanical Hazard"
Ir. Mohd Azahar Mohd Ariff, pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia menyampaikan ceramah tentang "Chemical Hazard"
En. Mohamad Adha Mohamad Idin, pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik menyampaikan ceramah tentang "Electrical Hazard"
En. Zakaria Ismail, pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Bertam menyampaikan ceramah tentang "Biological Hazard"
Tn Haji Anas Ibrahim, pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Awam menyampaikan ceramah tentang "Physical Hazard at workplace"
Ceramah bertajuk "Ergonomics @ Human Factors Hazards" disampaikan oleh Puan Rozaini Ramli, pensyarah kanan daripada Fakulti Kejurteraan Awam memulakan hari kedua bengkel.
Bengkel ditutup dengan penerangan oleh En Mohd Rafe Abdul Majid, Pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Awam selaku Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerja UiTM CAwangan Pulau Pinang tentang cara-cara merekod dan memproses HIRARC (Hazard Identification Risk Assessment & Risk Control)
No comments:
Post a Comment