Monday, December 9, 2019

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Nama Program : Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tarikh : 23 April 2019 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Aras Bawah, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Berlangsung pada 23hb April 2019, bersempena dengan kempen Jom Baca Buku Untuk 10 Minit yang dijalankan serentak di seluruh negara, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang juga tidak ketinggalan untuk turut serta menjayakan kempen tersebut. Seramai lebih kurang 250 peserta yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangan perpustakaan telah mengambil bahagian di dalam acara tersebut.








Program ini diharap dapat memupuk semangat membaca di kalangan warga UiTM umumnya dan khasnya kepada para pelajar dan pensyarah di UiTM. Di samping itu, PTAR juga berharap dengan adanya program seumpama ini, dapat menarik lebih ramai pengunjung ke perpustakaan sekaligus menggalakkan pengguna membaca dan meminjam bahan-bahan yang terdapat di dalam perpustakaan.

Sebelum program berlangsung, Timbalan Ketua Pustakawan bersama dengan Pustakawan Kanan dan staf Unit Perkhidmatan Maklumat dan bahagian promosi telah menjalankan promosi bergerak di setiap bahagian dan fakulti untuk mewar-warkan program tersebut.




No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...