Wednesday, December 4, 2019

MISI IQRA PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017 Bahagian 2

Tarikh   :  28 & 29 Ogos 2017 (Isnin & Selasa)
Tempat  :  Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang
Program :  Misi IQRA' PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

29 Ogos 2017 (Selasa)


Pada hari ke-2 program, kami lebih banyak menumpukan aktiviti-aktiviti bersama dengan 98 orang anak-anak yang berusia bawah 12 tahun. Program kami dimulakan dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan semua kanak-kanak yang dibahgi mengikut kumpulan umur masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mengutip gula-gula (bagi kanak-kanak bawah 7 tahun), menyusun puzzle, isi air dalam botol dan suai padan bendera dengan negeri.

Selain aktiviti sukaneka, satu demo penjagaan gigi juga diadakan untuk memberi sedikit tunjuk ajar kepada kanak-kanak dalam penjagaan kesihatan gigi.

Majlis perasmian program Misi IQRA' ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali. Selepas majlis perasmian, Timbalan Rektor berbesar hati melawat pusat sumber yang telah dibangunkan dan melawat premis kediaman Kanak-kanak Taman Bakti.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan dan pertunjukan silap mata dan belon untuk kanak-kanak di Dewan Rumah Kanak-kanak, Taman Bakti, Kepala Batas. Majlis bersurai pada jam 5.30 petang.

Di harap program Misi IQRA ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan penambahbaikan ruang bacaan dan penambahan bahan bacaan dan seterusnya menggalakkan anak-anak yang kurang bernasib baik ini lebih dekat dengan buku.


Acara Sukaneka


Demo menggosok gigi dan tayangan cerita pendek






Masa untuk makan ais krim dan ais kacang



Timbalan Rektor UiTM merasmikan Bilik Sumber dan beramah mesra dengan anak-anak




Staf-staf PTAR bergambar kenangan

No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...