Monday, December 9, 2019

Program Team Building Staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Nama Program : Team Building Staf PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang
Tarikh : 18 & 19 Februari 2019 (Isnin & Selasa)
Tempat : Eco Capsule Resort, Teluk Bahang, Pulau Pinang
Bilangan Peserta : 28 orang

Program ini dijalankan selama dua hari satu malam dan dihadiri oleh 28 orang peserta yang terdiri daripada timbalan ketua pustakawan, pustakawan kanan, pustakawan, staf daripada Kampus Permatang Pauh dan Bertam serta 5 orang pelajar praktikal di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Kampus Bertam.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat berpasukan dan kerjasama di antara staf untuk meningkatkan mutu kerja di perpustakaan khasnya dan UiTM secara amnya dan membentuk jati diri yang lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Selain daripada itu, program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan di antara staf dan pihak pengurusan demi merealisasikan objektif kerja yang lebih efisien.












No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...