Projek Keceriaan PTAR UiTM Pulau Pinang
Bermula bulan Ogos 2017, ahli jawatankuasa keceriaan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Pulau Pinang telah menjalankan kerja-kerja keceriaan yang melibatkan projek mengecat dan mendekorasi bilik diskusi dan beberapa ruang dalaman PTAR.
Objektif utama projek ini dijalankan adalah untuk menambah keceriaan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih mesra dan selesa untuk pengguna-pengguna perpustakaan.
Sepanjang bulan Ogos - November 2017, jawatankuasa keceriaan telah berjaya menyiapkan 5 projek keceriaan yang meliputi kerja-kerja mengecat, menyusun atur dan menghias beberapa sudut di dalam PTAR Pulau Pinang. Ruangan yang terbabit adalah Bilik Diskusi, Ruang Lepak Corner, pintu keluar/masuk utama PTAR dan bilik library cafe.
Projek keceriaan ini bersambung dengan penanaman pokok-pokok hiasan di kaki lima PTAR pada awal bulan Januari 2018. Beberapa projek kecil telah dirancang sepanjang tahun 2018 untuk menyambung projek keceriaan ini dengan harapan hasilnya dapat memberi nafas baru kepada ruangan di dalam dan di luar bangunan PTAR UiTM Pulau Pinang.
Kerja-kerja mengecat Bilik Diskusi
Library Cafe (Soon to be)
Mengecat Pintu Utama PTAR
Ruang "Lepak Corner"
Ruang kaki lima PTAR berwajah baru dan lebih ceria
No comments:
Post a Comment