Tuesday, April 28, 2020

Jom Membaca Bersama 10 Minit 2020

Program : Jom Membaca Bersama 10 Minit 2020
Tarikh : 23 April 2020 (Khamis)
Waktu : 11.00 pagi - 11.10 pagi

Sempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, acara Jom Membaca Bersama 10 Minit telah diadakan secara serentak di Malaysia. PTAR UiTMCPP juga tidak ketinggalan untuk turut serta di dalam program ini. Memandangkan Malaysia masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, PTAR UiTMCPP telah mengadakan sesi bacaan 10 minit menerusi aplikasi Google Meet bersama 23 orang staf PTAR UiTMCPP termasuk Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram.

Selain daripada staf PTAR, program ini juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Pengurusan Tertinggi UiTMCPP termasuk rektor kampus, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim dan juga rakan-rakan staf daripada bahagian lain. Amatlah diharapkan semangat membaca ini tidaklah hanya disemarakkan pada bulan-bulan tertentu sahaja tetapi dipanjangkan sepanjang masa, di mana juga kita berada.







Wednesday, April 22, 2020

Aktiviti PKP : Me & Covid-19 (An essay writing contest)

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, pelbagai usaha telah dijalankan oleh PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk memastikan kemudahan dan perkhidmatan PTAR dapat diakses oleh pengguna melalui media elektronik dan digital.

Sehubungan dengan itu, PTAR UiTMCPP telah merangka beberapa aktiviti untuk menggalakkan interaksi pengguna dengan PTAR. Pertandingan menulis esei pendek bertajuk Me & Covid-19 telah diadakan bermula 1 April sehingga 10 April 2020 dan menarik penyertaan yang amat memberangsangkan daripada pelajar dan pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang. Peserta diminta untuk menulis esei berkenaan pengalaman masing-masing sepanjang PKP dijalankan.

Sebanyak 5 esei yang paling kreatif dan bertepatan dengan tema telah dipilih sebagai pemenang. Aktiviti seperti ini akan digiatkan lagi di musim PKP ini untuk memastikan hubungan antara PTAR dan pengguna tidak terputus dan tidak hanya bergantung kepada perkhidmatan digital sahaja. 







Tuesday, April 21, 2020

PTAR UiTMCPP Community Reminder

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covid-19, PTAR UiTMCPP juga hanya menjalankan perkhidmatan perpustakaan digital seperti perpustakaan di kampus lain. Untuk memastikan segala hebahan dan promosi yang dijalankan oleh pihak perpustakaan sampai kepada pengguna, pelbagai usaha telah dijalankan.

PTAR UiTMCPP atas inisiatif Unit Perkhidmatan Pelanggan dengan kerjasama staf perpustakaan yang lain telah membuat "placard" untuk menyampaikan pesanan masyarakat di samping mempromosikan ruangan sosial media perpustakaan termasuk perkhidmatan perpustakaan digital. Ini termasuk koleksi e-books, EQPS, Online Database dan MOOC's. Semasa PKP berjalan, usaha-usaha promosi dijalankan tanpa henti untuk memastikan perkhidmatan digital dapat diakses oleh semua pengguna walaupun pelbagai kekangan terpaksa dilalui seperti akses internet dan sebagainya.


Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...