Friday, September 25, 2020

Program Santai 3E (Expose, Explore, Express)

Unit Kerjaya & Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, dengan kerjasama KKUUiTM dan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program  Santai 3E ( Expose, Explore, Express) Bersama Kaunselor Siri 3/2020 bertempat di Aras 1, PTAR Kampus Permatang Pauh pada 23 September 2020. 

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu tambahan kepada para staf dalam mengenali personaliti diri bagi membantu dalam menjaga kesejahteraan psikologi diri di tempat kerja agar lebih harmoni dan sejahtera. Seramai lebih kurang 30 orang peserta daripada pelbagai bahagian di dalam UiTMCPP telah menyertai program ini. Selain daripada menjawab kuiz personaliti diri dan mendengar ceramah, peserta juga berkesempatan menjalani sesi "one-to-one" dengan kaunselor-kaunselor yang hadir. Selain mendengar ceramah, peserta juga mengambil bahagian di dalam sesi soal-jawab untuk merungkai permasalahan di pejabat dan rakan sekerja.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulkhairi Ibrahim, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Pulau Pinang dan dibantu oleh anak-anak buah beliau. PTAR Kampus Permatang Pauh juga telah mengadakan satu pameran buku-buku berkaitan kaunseling sepanjang program berlangsung untuk para peserta dan pengguna perpustakaan membuat bacaan dan pinjaman. Program Santai 3E sesi 4/2020 akan diadakan dalam masa terdekat di lokasi yang sama.














No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...