Wednesday, October 7, 2020

Program Open Mic Bersama Brother Man Gerek

Bertempat di He & She Coffee, UiTM Cawangan Pulau Pinang, telah diadakan satu program Open Mic Bersama Brother Man Gerek : Kembara Solo ke Mekah dan Jepun. Program yang berlangsung hampir 2 jam setengah itu disertai hampir 25 orang peserta fizikal dan 45 orang peserta maya.

Brother Man Gerek atau nama sebenarnya Tuan Haji Suliman Bin Abd. Lah telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records pada tahun 2019 selepas berjaya berbasikal secara solo ke Mekah dengan perjalanan sejauh 10,000 kilometer merentasi Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Oman, dan Arab Saudi. Selepas itu, beliau melaksanakan misi kayuhan solo Kembara Masjid di Jepun 2019 bermula 9 November lalu hingga 27 November 2019.

Sepanjang program, beliau menceritakan pengalaman beliau merentasi pelbagai negara dalam misi kembara ke Mekah yang penuh dengan cerita-cerita menarik dan mencemaskan. Mendengar pengalaman beliau bertemu dengan pelbagai masyarakat negara lain di samping peluang menziarahi masjid-masjid sepanjang perjalanan ke Mekah itu memberi maklumat dan perkongsian yang sangat menarik. Perancangan beliau untuk mengembara ke Negara Balkan sedang dalam perancangan dan dijadualkan pada tahun 2021.








No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...