Fungsi perpustakaan pada masa kini bukan lagi setakat tempat untuk mentelaah pelajaran malah telah memperluaskan fungsi kewujudannya selari dengan permintaan pengguna. Justeru itu, pelbagai usaha dilakukan oleh perpustakaan untuk menambah fungsinya selaras dengan keperluan pelajarnya. PTAR Kampus Permatang Pauh juga tidak ketinggalan dalam menjalankan usaha-usaha meningkatkan kemudahan yang ada di perpustakaan.
Ruang santai PTAR Kampus Permatang Pauh telah diwujudkan sejak tahun 2013 dengan objektif untuk memberikan pengguna perpustakaan satu ruang untuk merehatkan minda selepas seharian berada di kelas. di ruangan ini, pengguna boleh mengadakan perbincangan, bermain pelbagai permainan yang disediakan atau sekadar berehat sebelum kelas bermula. Ruang santai ini telah diperbaharui susun aturnya agar lebih segar dan ceria dengan memasukkan unsur "greenation" seperti yang dicadangkan oleh Rektor UiTMCPP. Semoga perubahan ini memberikan keselesaan kepada pengguna di PTAR Kampus Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment