Tuesday, September 21, 2021

Sharing Session : How to generate e-certificate

Pada 14 September 2021, satu sesi perkongsian yang bertajuk How to Generate e-certificate telah diadakan melalui platform Google Meet untuk staf PTAR UiTMCPP dan PTAR Perak. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Azim Ansori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak.

Dalam sesi ini, Dalam sesi ini, Encik Azim telah menerangkan dan membuat tunjuk ajar bagaimana cara menjana 'e-certificate' dengan menggunakan 'add-on' Autocrat dalam Google. Penjanaan e-certificate ini merupakan satu ilmu yang amat bermanfaat memandangkan sepanjang musim PKP ini, Perpustakaan sering mengadakan program-program atas talian dan sijil pula dihantar kepada peserta proram secara maya. Dengan mempelajari cara menjana sijil dengan lebih cepat, kerja dapat dijalankan dengan lebih efektif.

Sesi perkongsian ini telah disertai oleh seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada staf Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Unit Perancangan dan Pembangunan Perpustakaan PTAR dari PTAR Pulau Pinang dan PTAR Perak.








No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...