PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Program PTAR Fun Day 2022 bermula pada 25 Januari hingga 26 Januari 2022. Program ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan dengan warga kampus seterusnya mempromosi perkhidmatan perpustakaan. Terdapat beberapa aktiviti bermanfaat yang menarik dan menyeronokkan yang akan dilaksanakan antaranya adalah Peminjam Buku Bertuah serta pertandingan e-sport dan inforace versi atas talian iaitu Escape the Library.
Pertandingan eSport telah diadakan pada 25 Januari 2022 yang melibatkan peserta di kalangan pelajar dan kakitangan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Permainan yang dipertandingkan dalam program ini ialah FIFA 2021 dan Tekken. Pertandingan ini diadakan di Aras Bawah, PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh dan dijalankan secara liga.
Program diteruskan pada 26 Januari 2022 dengan pertandingan Escape the Library yang telah diadakan di Pusat IT PTAR UiTMCPP yang berada di Aras 2. Di dalam pertandingan secara maya ini, peserta perlu menjawab soalan-soalan yang meliputi tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. Untuk mendapatkan jawapan, peserta perlu menggunakan OPAC, membuat pencarian bahan di atas talian dan melayari laman sesawang PTAR UiTMCPP.
Program ini dijalankan untuk menggalakkan warga kampus supaya mengunjungi perpustakaan dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu program ini diharap dapat mempromosikan perkhidmatan di perpustakaan selain menggalakkan warga kampus menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PTAR UiTMCPP.