Monday, January 24, 2022

Live@PTARUiTMCPP : Mengapa Buku Jadi Terapi?

PTAR UiTMCPP telah mengadakan Program Live@PTAR UiTMCPP yang bertajuk Mengapa Buku Jadi Terapi? pada 20 Januari 2022 yang telah disampaikan oleh Dr. Norshila Saifuddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).

Biblioterapi ialah satu cara terapi yang menggunakan literatur dan puisi/sajak bagi menangani masalah emosi, jiwa dan juga mental. Terapi ini boleh dilakukan oleh mereka yang sihat tubuh badan tetapi menghadapi masalah emosi. Ia juga amat baik untuk mereka yang ingin membaca untuk pertumbuhan dan perkembangan diri.

Biblioterapi ini boleh dipraktikkan untuk mereka yang sukar meluahkan perasaan kepada kaunselor dan sukar berkomukasi dengan orang lain. Selain itu, dengan membaca, kita dapat merawat diri melalui pengajaran yang diperoleh daripada bahan bacaan yang dibaca. Biblioterapi juga merupakan terapi yang murah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja selain daripada tidak melibatkan sebarang temujanji dan ubat-ubatan.

Program yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube PTAR Kampus Permatang Pauh bermula jam 10.00 pagi telah dikendalikan oleh Cik Nurul Rahma Kawsin, pelajar latihan industri di PTAR Kampus Permatang Pauh. 

Program ini boleh diulang tonton di Facebook dan YouTube PTAR UiTMCPP dipautan berikut : 












No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...