Monday, December 9, 2019

Hari Mesra Pelanggan PTAR 2017

Hari Mesra Pelanggan PTAR 2017

Tarikh    :  10 Oktober - 12 Oktober 2017 (Selasa - Khamis)
Tempat  :  Aras 1, PTAR, UiTM Cawangan Pulau Pinang
Program :  Hari Mesra Pelanggan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2017

Pada 10 Oktober hingga 12 Oktober 2017, PTAR UiTM cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Hari Mesra Pelanggan PTAR 2017. Program ini merupakan satu platform yang dapat mewujudkan rangkaian perhubungan yang lebih baik di antara perpustakaan dengan pengguna di samping dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan di perpustakaan. 

Antara objektif penganjuran program HMP 2017 ini adalah                                                                                  
      1. Untuk memberi penerangan mengenai perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul  UiTM Cawangan Pulau Pinang

2. Untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah perkhidmatan perpustakaan

3. Mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara staf perpustakaan dengan warga kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang

4. Menyemarak dan menyuburkan minat membaca di kalangan warga kampus

5. Meningkatkan kesedaran pengguna dengan mempromosikan perkhidmatan dan  kemudahan  yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak  UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk pelanggan sepanjang 3 hari berlangsungnya program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz Malaysia, Teka Buku, Teka Berat Buku, Teka Jumlah Buku, Intai Buku, dan permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.

Diharap dengan adanya program seumpama ini, PTAR dapat menarik lebih ramai pengguna datang ke perpustakaan dan sekaligus menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam perpustakaan.

Gambar-gambar penuh sepanjang program boleh dilihat di pautan Facebook Perpustakaan Tun Abdul Razak Uitm Cawangan Pulau Pinang







No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...