Lawatan ke Rumah Mangsa Banjir
Pada bulan 5 November 2017, Pulau Pinang telah dikejutkan dengan peristiwa banjir kilat berskala besar yang melumpuhkan banyak daerah di Pulau Pinang. Ramai juga staf UiTM Pulau Pinang yang terlibat dalam bencana alam ini samada terputus hubungan kerana laluan dinaiki air ataupun terpaksa berpindah kerana rumah kediaman dinaiki air.
Pada 10 November 2017 (Jumaat), beberapa orang wakil staf PTAR UiTM Pulau Pinang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Hayati Mokhtaram telah melawat salah seorang staf PTAR UiTM Pulau Pinang yang terkesan dengan insiden banjir kilat ini.
Lawatan ini diadakan untuk menyerahkan sedikit bantuan makanan kepada keluarga Puan Nur Azriena Yusof di Lahar Yooi yang menyaksikan air naik sehingga ke paras pinggang. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk membuat tinjauan dan menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan oleh keluarga mangsa.
Semoga dengan kunjungan ini dapat menambah kesepakatan dan memberi kegembiraan kepada keluarga Puan Nur Azriena disamping berkongsi pengalaman terlibat dengan banjir.
No comments:
Post a Comment