Monday, December 9, 2019

Lawatan Penandaaras ke Perpustakaan UiTM Melaka, Perpustakaan UiTM Kampus Jasin dan Perpustakaan MMU Melaka

Pada 21 Mac hingga 23 Mac 2018, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke tiga buah perpustakaan di Melaka. Lawatan ini diadakan dengan tujuan untuk membuat pemerhatian dan penambahan ilmu dalam kaedah pelaksanaan kerja di perpustakaan-perpustakaan tersebut selain membuat penandaarasan kaedah penyampaian perkhidmatan pelanggan yang lebih cemerlang dan berkesan.

Pada hari pertama lawatan, kami telah singgah ke Perpustakaan UiTM Kampus Alor Gajah untuk mendapatkan maklumat tentang penyediaan ruang santai yang terdapat di sana. Selain itu, kami juga bertukar-tukar pandangan dan maklumat tentang penggunaan Sistem WILS dalam operasi seharian di kaunter dan pejabat.

Pada hari kedua, kami berpeluang ke Perpustakaan UiTM Kampus Jasin dan berkongsi idea tentang penyediaan bahan pameran, waqaf buku dan penyediaan ruang yang lebih kompetitif dan menarik untuk pengguna. Pada sebelah tengah hari kami singgah ke Perpustakaan MMU dan bertukar-tukar sedikit maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan masing-masing.

Lawatan seperti ini diharapkan dapat melahirkan kakitangan yang “multi-tasking” dan berfikiran terbuka demi memajukan dan menyelesaikan tugasan dengan lebih kreatif dan inovatif. Lawatan ini juga memberi peluang kepada staf perpustakaan untuk mempelajari, membuat  perbandingan  serta bertukar idea dan pengalaman dengan kakitangan Perpustakaan-perpustakaan tersebut serta menggalakkan kakitangan membuat tinjauan bagi perkembangan koleksi, susun atur dan pengurusan sumber maklumat perpustakaan yang lebih cekap dan berkesan. Selain itu, dengan adanya lawatan sebegini, kakitangan PTAR UiTMCPP juga dapat menambah kenalan di perpustakaan kampus lain dan memudahkan kerja-kerja di masa akan datang.










No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...