Monday, December 9, 2019

Inforace PTAR UiTMCPP 2018

Pada 4 April 2018 yang lepas, telah diadakan satu aktiviti Inforace PTAR UiTMCPP sempena Program Galakan Membaca PTAR UiTMCPP 2018. Aktiviti ini diadakan dengan objektif untuk memudahcara para pelajar dalam menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ada di dalam perpustakaan.

Akiviti ini disertai oleh 20 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang pelajar. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama dan mereka dikehendaki menyelesaikannya dalam masa yang terpantas. Tugasan-tugasan yang diberikan adalah berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR. Selain menguji kecekapan peserta menyelesaikan tugasan, aktiviti ini juga diharap dapat menggalakkan peserta menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Aktiviti yang berlangsung jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 2.00 petang ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharap dapat memenuhi objektif yang telah digariskan.




No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...