Monday, December 9, 2019

Jom Pinjam Buku April 2018

Kesinambungan aktiviti Program Galakan Membaca PTAR UiTMCPP 2018 diteruskan dengan aktiviti Jom Pinjam Buku yang diadakan pada 10 & 11 April 2018 di Laman Perdana UiTM Cawangan Pulau Pinang. Objektif utama aktiviti diadakan adalah untuk meningkatkan jumlah pinjaman buku di kalangan pelajar dan pensyarah. Aktiviti ini diadakan di Laman Perdana yang terletak di kawasan tumpuan pelajar untuk memudahkan mereka membuat pinjaman tanpa perlu ke perpustakaan.

Sepanjang berlangsungnya Jom Pinjam Buku, sebanyak lebih kurang 1,000 buah buku telah dibawa ke Laman Perdana dan dipinjam oleh para pelajar. Sambutan yang amat menggalakkan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti lain yang akan meningkatkan statistik pinjaman buku serta menarik lebih ramai pelajar menggunakan bahan (buku) yang ada di perpustakaan dalam pembelajaran.







No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...