Monday, December 9, 2019

Program Galakan Membaca PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 25 April 2018 yang lalu, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Program Galakan Membaca PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang 2018 sempena denga bulan galakan membaca.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk mencapai objektif-objektif yang telah digariskan seperti berikut :

1. Untuk menggalakkan pelajar datang ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM  Cawangan Pulau Pinang

2. Mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara staf perpustakaan dengan    
warga kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang

3. Menyemarak dan menyuburkan minat membaca di kalangan warga kampus

4. Meningkatkan bilangan pengunjung ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM  Cawangan Pulau Pinang

5. Menggalakkan pengunjung menggunakan sumber rujukan dan kemudahan yang ada di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM  Cawangan Pulau Pinang


6. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan pelajar dan staf UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut termasuk aktiviti kemuncak iaitu Jom Baca Bersama 10 Minit dan juga aktiviti bacaan kegemaran saya yang disampaikan oleh dua orang pensyarah daripada Akademi Pengajian Bahasa.









No comments:

Post a Comment

Program World#QuranHour 2022 : Misi Al-Sajdah @UiTM Cawangan Pulau Pinang

  Sempena kemuncak program berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan baca, faham dan amal, PTAR UiTMCPP dengan kerjasama...